Kamis, 22 September 2011

SAKTI SEORANG PADERI KRISTIAN

Karomah Abah Anom 

Artikel asal oleh:

Pada akhir-akhir tahun 80 han dan awal 90 han, alfaqir banyak berjumpa dengan Tuan Hj Lal Mohamad Baksh Khan, seorang rakyat Singapura kelahiran Pakistan yang duduk lama di Indonesia di Tasikmalaya. Beliau tergolong dalam kalangan para solihin dan ini di kuatkan lagi dengan pengakuan dari Almarhum Al-Allamah Sheikh Omar Bin Abdullah Al-Khatib. Sheikh Omar beritahu para muridnya bahawa Haji Lal ini 'sohibul haal' - orang yang banyak mengalami pemberian rohani dari Tuhan'.

Haji Lal, ketika di Tasikmalaya, sempat berjumpa dengan Abah Sepuh ( Ayahanda Abah Anom ) dan banyak melihat karomah Abah Sepuh, ketika itu umurnya 13 tahun sambil menjual bunga di bandar-bandar Tasik. Beliau juga sempat melihat zaman peralihan kepimpinanan Mursyid Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah di Pondok Pesantren Suryalaya dari Abah Sepuh ke Abah Anom. Sedang menceritakan , suara beliau kedengaran hampir menangis sambil berkata : ''Abah Anom adalah sohibul karomat....Ghouse, banyak sangat karomah Abah, saya melihat dengan mata saya sendiri, Ghouse ...'' sambil memesan dan memegang bahu alfaqir. Beliau menceritakan satu kejadian yang tidak dapat beliau lupakan sehingga hari ini. Kata beliau......

''Pada waktu itu, Abah Anom sudah menggantikan Abah Sepuh, ada seorang paderi kristian yang sangat terkenal kejahatannya dengan ilmu saktinya. Dia boleh mengambil panas matahari hanya dengan isyarat tangannya dan menyimpan panas matahari itu ke dalam sakunya. Bilamana ada kiyai atau ahli agama merendah-rendahkan atau memperlekehkan agama kristian , dia akan pergi berjumpa kiyai tersebut dan melontarkan panas matahari itu dari sakunya, dan kiyai itu terus menjerit kepanasan dan mati langsung. Ramai kiayi yang mati dari saktinya sehingga akibatnya ramai para Kiayi yang tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama kristian khuatir dibunuh paderi ini dengan ilmu saktinya yang sangat menggerikan.

Apabila karomah Abah Anom mula disebut-sebut orang, beliau datang ke Pondok Pesantren Suryalaya, ketika itu saya ( Haji Lal ) berada di samping Abah, saya yang sangat takut ketika itu tidak dapat mengerakkan kaki saya untuk lari, tetapi terpaku di hujung ruang madrasah - tempat Abah terima tetamunya.

Paderi itu tidak cakap banyak, dia terus mengeluarkan sesuatu dari sakunya dan melontarkannya ke arah Abah Anom. Seperti biasa Abah sentiasa menghadapi keadaan-keadaan begini dengan zikir khofinya, pada ketika itu saya melihat ada cahaya warna biru yang sangat terang keluar dari dada Abah menuju ke arah paderi tersebut, bila semua cahaya itu masuk ke dalam diri paderi itu, dia menjerit dengan sekuat hatinya, jeritannya seolah-olah sakit puluhan kiyai yang telah dibunuh di rasakan ketika itu. Akhirnya dia menjerit-jerit lalu minta ampun kepada Abah dengan tangisan-tangisannya dan bertobat dan berhasrat masuk ke agama Islam. Abah perkenankan permintaannya, lalu dia mengucapkan 2 kalimah syahadahnya dan minta di berikan baiáh zikir thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah dan terus menjadi ikhwan.''

Haji Lal menambah....dengan suara rendah memesan yang hampir menangis kerana terharu, sambil berkata "Ghouse..baji pesan , kalau ghouse nak tahu, Abah Anom itu 'superman'' Allah pada zaman kita, syukurlah, jangan main-main dalam zikrullah ini, pasti jadi jika kita ikhlas.''-Tamat Kisah

Almarhum Haji Lal wafat pada tahun 1992 di Singapura dalam umurnya 83/4 tahun . Beliau telah bersama Abah Sepuh di Tasikmalaya sejak umurnya 13 tahun sehingga beberapa tahun selepas Abah Sepuh wafat ( 30 tahun lebih lamanya ). Beliau mengambil baiáh dengan Abah Anom sebelum balik ke Pakistan kemudian ke Singapura.

sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar